Peraturan & Undang-undang Jalan Raya
Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan
suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan
amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna
semasa di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih
tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat
kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat
untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan
lima langkah melintas.
1.
Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.
2.
Kedua,lihat ke kanan dan ke kiri.
3.
Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
4.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
5.
Kelima, melintas denganberwaspada. Selain itu, berjalan
menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan
peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya.
Perbuatan melintas jalan
tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu
isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang
hijaubernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara
dua buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggang basikal pula, kita harus
sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala
daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan
trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan
isyarat tanganapabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan
tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.
0 comments:
Post a Comment