Thursday, 12 June 2014
Tips keselamatan jalan raya
Tips keselamatan jalan raya
Setiap kali tiba musim perayaan, kadar kemalangan jalan raya dilaporkan meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati.
Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:
1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.
2. Ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan
cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi
membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.
9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya
sebelum memulakan perjalanan.
10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan
mengantuk.
11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak
12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.
13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan
lampu isyarat kecemasan.
14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu
kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi
kenderaan yang berhenti sahaja)
15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan
perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan
memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .
16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan
selamatnya.
Semoga dengan langkah-langkah keselamatan ini, kita akan lebih bersedia untuk menempuh perjalanan. Jangan terburu-buru di jalan raya kerana yang penting anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat.
Peraturan & Undang-undang Jalan Raya
Peraturan & Undang-undang Jalan Raya
Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan
suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan
amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna
semasa di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih
tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat
kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat
untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan
lima langkah melintas.
1.
Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.
2.
Kedua,lihat ke kanan dan ke kiri.
3.
Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
4.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
5.
Kelima, melintas denganberwaspada. Selain itu, berjalan
menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan
peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya.
Perbuatan melintas jalan
tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu
isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang
hijaubernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara
dua buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggang basikal pula, kita harus
sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala
daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan
trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan
isyarat tanganapabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan
tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.
Wednesday, 11 June 2014
Kemalangan di Jalan Raya
Sejak akhir-akhir ini didapati kadar kemalangan jalan raya semakin
meningkat di negara kita. Dapat dilihat banyak kemalangan yang mengorbankan
nyawa berlaku terutamanya menjelang musim perayaan. Kebanyakan individu yang menjadi
mangsa terdiri daripada golongan remaja dan belia. Oleh yang demikian, semua
pihak haruslah memikirkan dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar
kemalangan di jalan raya.
Pelbagai cara harus diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan. Salah satunya adalah melalui kempen keselamatan jalan raya yang disiarkan dan dipaparkan melalui media elektronik dan media cetak. Contohnya, pihak Jabatan Penerangan mencetak dan mengedarkan poster-poster berkaitan kempen ini kepada orang ramai dan ditampal di tempat-tempat umum. Melalui televisyen juga ada disiarkan rintihan hati individu yang kehilangan ahli keluarga akibat terlibat dalam kemalangan. Dengan adanya kempen ini, banyak memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan lebih berhemah semasa berada di jalan raya.
Seterusnya penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak-pihak yang berkenaan haruslah di buat. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia perlu menggiatkan operasi sekatan jalan raya kepada semua pengguna jalan raya tidak hanya terhad semasa musim perayaan sahaja . Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya dikenakan denda saman yang tinggi. Ekoran itu pelanggaran peraturan jalan raya dapat dikurangkan. Hal ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penurunan kadar kemalangan di Negara kita.
Di samping itu, pemeriksaan kenderaan berkala perlu dibuat oleh pemilik kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pemeriksaan boleh dibuat di Puspakom bagi memastikan kenderaan berada dalam kondisi yang baik dan sesuai digunakan di jalan raya. Sehubungan itu, pemilik kenderaan dapat melalui perjalanan dalam keadaan yang selamat.
Keadaan kesihatan yang baik kepada semua pengguna jalan raya juga amat penting terutamanya kepada pemandu kenderaan awam dan penunggang-pengunggang motosikal. Mereka memerlukan rehat dan tidur yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Ini dapat mengelakkan mereka daripada keletihan dan mengantuk ketika memandu. Oleh itu, dapat menyelamatkan banyak nyawa untuk sampai dengan selamat ke destinasi masing-masing.
Sebagai kesimpulan, banyak faktor yang boleh diambil untuk membendung kadar kemalangan jalan raya yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu,bersama-samalah kita mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Berhati-hati semasa memandu,ingatlah orang tersayang.

APA YANG HARUS ANDA BUAT BILA BERLAKU KEMALANGAN ?

1. Hendaklah memberhentikan kenderaan anda dengan serta merta ditempat kejadian. Sek. 52(1) RTA 1987
2. Memberi bantuan kepada simangsa untuk menghantarnya ke Hospital.
3. Kenderaan anda boleh diubah jika ianya mengganggu perjalanan lalulintas.
4. Hendaklah dengan segera membuat laporan dibalai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di Hospital atau lain-lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
5. Hendaklah menunjukkan untuk diperiksa dokumen-dokumen sperti lesen pemandu, perakuan Insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. Sek. 52(4)(a), (b) & (c) RTA
6. Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah mencatitkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
7. Bila anda diminta oleh pihak Polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut. Sek. 52 (3) RTA.